Fizz Fairuz Suka Almy Nadia Nampak Berisi, Tetap Cinta Sepenuh Hati
Meskipun ramai yang meminta isteri tercinta, Datin Almy Nadia untuk menurunkan berat badan, namun pelakon Datuk Fizz Fairuz menerima keadaan fizikal isteri seadanya.
Memetik Kosmo, Fizz berkata dia tidak kisah dengan perubahan fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita yang melahirkan empat cahaya matanya itu sepenuh hati.
BACA: Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah.
“Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (gemuk),” katanya.
Menurut Fizz, dia meluahkan rasa syukur dikurniakan isteri yang sempurna dimatanya dan pandai menguruskan rumah tangga serta anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga. Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” katanya.
Dalam pada itu, Fizz berkata dia pernah memberi galakan kepada isteri untuk menurunkan sedikit berat badan namun mestilah dengan secara selamat dan tidak memudaratkan.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo
Manusia ngok macamana yang begitu menyibuk mintak orang lain turunkan berat badan?? Rasa diri tu hebat sangat ka nak control orang lain? Walhal tuan tubuh serta suami boleh terima.
Go get a life lah, LOSERS!
..biar lh berisi..jnji bahagia ..korang knpe sbuk sngt hal org ….
fiz ni nmpk nsem juga. Bgus nya dia setiA wlpn blh dpt lg better..Alhmdlh dhlA kelakar plk tu
Sebenarnya kurus kan sikit tu bukan utk cantik aje. Kuruskan sikit tu utk kesihatan yg baik juga.. kalau dah suka gemuk, ok aje. No prblm. Tapi pastikan cek kesihatan selalu.. Cek darah setahun sekali..Amalkan pemakanan sihat. Alhamdulilla kalau semua dah ok dan dah terhindar segala penyakit2 merbahaya serta obesiti..
bagus kan kalau semua laki mempunyai pandangan seperti fizz nie.. selamat hati @ kehidupan isteri & anak..
cumanya kes2 berlaku kebanykan bilamana lelaki dah berjaya @ bertambah kaya dia akan mencari betina lain… tak semua lah yg beriman & bukan ikut nafsu!