fbpx

Penampilan Baharu Almy Nadia Buat Ramai Terkejut

Sudah lama rasanya pelakon Datin Almy Nadia tidak muncul di kaca televisyen apatah lagi pelakon itu kini sudah berkahwin dan memiliki cahaya mata.

Baru-baru ini, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon itu sedang  menunggang motosikal sambil dirakam oleh suaminya, Datuk Fizz Fairuz.

BACA: Almy Nadia Bengang Anak Disuruh Kurus Oleh Cikgu

https://www.tiktok.com/@binafshasweet880609/video/7186704103211322651?is_from_webapp=v1&item_id=7186704103211322651

Video tersebut menjadi bualan apabila ada segelintir netizen meluahkan rasa terkejut melihat perubahan bentuk fizikal pelakon tersebut yang berbeza berbanding daripada sebelum kahwin.

Malah, ada yang meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan berat badan dialami oleh Almy serta menasihati pelakon itu menjaga kesihatan.

Bagaimanapun, ramai memuji kecomelan pelakon itu serta ada yang berkongsikan pengalaman perubahan berat badan mendadak selepas melahirkan cahaya mata.