fbpx

Fizz Fairuz: Saya Tak Tahu Pun Status Almy Untuk Siapa

Ditemui di majlis pembukaan kedai pertama Lord’s Tailor di Pavilion KL petang tadi, Fizz Fairuz memberitahu dia tidak tahu akan status yang berbaur marah ditulis oleh kekasihnya, Almy Nadia di aplikasi permesejan WeChat.

“Hubungan saya dengan Almy seperti biasa. Kami baik dan masih berhubung seperti biasa cuma status kemarahan yang dipersoalkan sebelum ini saya sendiri pun tak tahu kenapa dan untuk siapa,” jelas Fizz Fairuz yang diminta mengulas isu tersebut.

BACA: Almy Nadia Kesal Status Di WeChat Jadi Bahan Kontroversi

“Perancangan untuk berkahwin saya adalah pada tahun hadapan jika tiada aral melintang tetapi masih belum mempunyai rancangan tarikh yang mana kerana kami mahu dahulukan majlis perkahwinan adik saya,” tambahnya lagi.

Tambah Fizz lagi dia yang sebelum ini dikatakan telah tersingkir dari Liga Lawak Superstar di TV3 menegaskan bahawa dia masih muncul dan hubungan bersama rakan sekumpulan Apa Kasih Toq, Kamal Adli sudah kembali seperti biasa selepas timbul salah faham antara mereka selepas dikatakan tidak dapat memberi komitmen. (rtky/nad)