Almy Nadia Dedah Suami Sudah Tiga Bulan Tak Ada Job
Meskipun baru saja memenangi Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian di Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, pelakon Datin Almy Nadia mendedahkan suaminya, Datuk Fizz Fairuz sudah hampir tiga bulan tidak menerima tawaran berlakon.
Perkara itu diluahkan oleh Almy menerusi Instagram miliknya. Menurut Almy mungkin ada pihak produksi menyangkakan suaminya terlalu sibuk dan beranggapan Fizz meletakkan bayaran mahal selepas menang anugerah.
BACA: Almy Nadia Nafi Fizz Fairuz Ditangkap Khalwat
“Bila dah dua bulan tak ada job, muka ketat, orang bajet dia sibuk, Fizz busy, Fizz mahal, Fizz sibuk! Sedangkan dah duduk rumah nak masuk bulan ketiga tak ada shooting,” tulisnya.
Perkongsian Almy itu turut mendapat perhatian netizen termasuk pelakon Nad Zainal yang mengatakan selepas menang anugerah ramai yang takut nak ambil berlakon, namun tetap memberikan kata positif pasti akan ada tawaran selepas ini.
Dalam pada itu, rata-rata netizen mengatakan rugi jika pihak produksi tidak mengambil Fizz berlakon kerana beliau seorang yang berbakat besar. Malah, netizen mendoakan agar Fizz sekeluarga dikurniakan rezeki serta dipermudahkan segala urusan.
- SUMBER
- mStar Online
Kesianye…ambil la dia…Abg Fizz ni acting bagus ni entah apa2 pelakon sekarang acting cam kayu contoversi banyak…so please mana2 kasilah dia watak…Bang Micheal Ang…Kak Erma Fatima, sapa lagi kasi la dia job
Berlakon dah lama tp masih x faham2 lg masalah industri kita ni. Atau sengaja buat2 x faham? Kalau x bijak atur karier dan hanya tunggu org offer mmg mati kering laa korg. Buat laa keje lain jugak!
Mcm laa ko sorg jek retis yg xde job kan? Fazura tu dah 2 tahun xde job xde nk mintak simpati sapa2 pun, rilek2 jek cri rezeki kt bidang lain. Penerbit dan pengarah pun nk kena pilih jugak pelakon2 sesuai dgn watak dan level drama tu. Xkan drama2 hiburan ringan yg boleh dibawa oleh pelakon2 baru nk bg kt kau? Nnt dpt bayaran sikit bising pulak, komplain bg pelakon otai dah menang award dgn harga standard pelakon2 muda? Asyik nk mengeluh jek bila nk selesai perkara ni?
Konon dato mkn la Duit hasil royalty tu wkwkwkw
Apa kata buat production mini.kecil kecilan. Sambil cari duit sambil belajar.just my 2cents
Aik bukan dato ke?? X de job pun bulan2 dapat elaun dato kan…… Sedapnya hidup….
Ko jadi youtuber la..buat drama pendek dgn bini ko…sambil jual kerepek ubi pedas hancur..hahahahaaha..dah tak nampak mcm kerepek ubi..
Dato sengkek yer haha
Pandai2 la fiz atur career .. dah tahu industri msia ni macam ni kan
Sbb tu lenkali jgn berangan nak beli title datok lah pada artis2..sbb bila ko sendu..ko akan memalukan diri sendiri bila nak beli beras pon nak kena mintak derma dgn karyawan..walhal ade title datok..zaman skrg jadi org biasa2 sudah..jadi artis yg berseni bkn gila nama dan jenama..sbb life artis ni tak kemana2..kalau pasang aset buat bisness pon dizaman skrg bkn mudah.ramai dah bisness man or women yg bankrup..tambah2 bisnessman/woman melayu..kurang2 kalau dah sendu tak bertitle takde lah malu sgt suh bini mintak job utk laki dkt IG.
Layar Lara. Layar Lara. Layar Lara.
Tengok cerita Layar Lara sila hadam.