fbpx

Fizz Fairuz Risau Almy Nadia Susah Tidur Malam, Sesak Nafas Sejak Hamil

Berkongsikan berita gembira apabila isterinya Datin Almy Nadia hamil anak keempat mereka, pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat itu.

Meskipun ada yang mengatakan rezeki anak Perintah Kawalan Pergeraka (PKP), Fizz berkata dia menerima rezeki tersebut dengan berlapang dada.

BACA: Almy Nadia Hamil Anak Keempat, Fizz Fairuz Teringin Anak Lelaki

“Alhamdulillah murah rezeki untuk saya, isteri dan anak-anak. Isteri saya sudah hamil dalam usia 15 minggu. Ada yang cakap rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan macam-macam lagilah.

“Saya menerima rezeki ini dengan berlapang dada. Moga semuanya dipermudahkan untuk isteri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fizz berkata isterinya mengalami alahan yang teruk pada awal kehamilan ini sehinggakan susah tidur malam kerana sesak nafas.

“Almy tak berapa okay, alahan dia sangat teruk. Kasihan muka dia naik alergik, susah tidur malam, sesak nafas dan kerap alami sakit tumit. Dia punya mengidam kali ni pun agak mencabar, dia nak makan steak je,” katanya.

Tambah Fizz lagi, dia akan memberi lebih tumpuan untuk kehamilan kali ini memandangkan isterinya pernah beberapa kali mengalami keguguran.