fbpx

Almy Nadia Hamil Anak Keempat, Fizz Fairuz Teringin Anak Lelaki

Sempena Hari Bapa yang disambut semalam, pelakon Datuk Fizz Fairuz menerima hadiah paling bermakna apabila isterinya, Datin Almy Nadia kini hamil anak keempat.

Berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Fizz turut memuat naik foto alat ujian kehamilan serta ucapan tahniah daripada anak-anaknya.

BACA: Almy Nadia Alami Batu Karang Dalam Hempedu, Fizz Pesan Jangan Makan Jamu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial)

“Isteri saya tidak hamil anak kembar, tapi dia buat ujian kehamilan sebanyak dua kali menggunakan alat berbeza. Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga lagi.

“Sekarang, usia kandungan Almy sudah 15 minggu. Malah, ada yang cakap ini rezeki anak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan macam-macamlah,” katanya.

Kata Fizz lagi, dia berharap proses kehamilan dan beralin isterinya dipermudahkan serta jika ada rezeki dia menginginkan cahaya mata lelaki.

“Namun, walau apapun semua itu ketentuan-Nya. Kalau boleh, memanglah kami teringin nak timang anak lelaki sebab sekarang semuanya ‘heroin’. Tapi soal jantina, kami sentiasa terima dengan hati terbuka,” katanya.

Terdahulu, Almy mengalami keguguran sebanyak dua kali. Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan serta seorang anak angkat.