fbpx

Fizz Fairuz Redha Isteri Alami Keguguran Selepas 14 Minggu Hamil

Salam takziah buat Fizz Fairuz dan Almy Nadia yang baru saja memaklumkan berita kehilangan anak keempat mereka apabila isterinya mengelami keguguran pada usia kandungan mencecah 14 minggu.

BACA: Fizz Fairuz Sahkan Almy Nadia Hamil Anak Keempat

Dalam posting terbarunya, Fizz meluahkan rasa sedih dengan berita kehilangan cahaya mata mereka, namun redha dan kuat menerima takdir itu. Selain itu, Fizz turut berterima kasih kerana ‘dipinjamkan’ bayi itu buat sementara.

“Al – Fatihah, terima kasih Allah bagi kami 14 minggu bersama baby ke empat saya dan Almy Nadia. Allah lebih sayangkan kamu anakku, papa redha, papa tak nak nangis, sebab papa kuat. Amin semoga Allah jaga kamu ye anakku. Al- Ftihah,” tulisnya di Instagram.

Terdahulu pada Disember lalu, Fizz teruja berkongsi berita kehamilan cahaya matanya yang keempat. Dalam masa sama, Fizz turut meletakkan harapan tinggi agar dikurniakan cahaya mata lelaki pula. (rtky/w)