fbpx

Fizz Fairuz Rancang Buka Hotel Di Jakarta, Masih Komited Untuk Kahwin

Kalau anda perasan, dalam beberapa temubual bersama pihak media akhir akhir ini Fizz Fairuz banyak berbicara tentang perancangan masa hadapan. Itu bagus.

Jika sebelum ini Fizz Fairuz berkata beliau telah melabur dalam beberapa hartanah untuk simpanan hari tua, pelakon ini ada perancangan baru lebih gah kami kira.

Ketika di’temui di sidang media filem Hantu Kapcai, Fizz Fairuz berkata beliau kini dalam peringkat awal perancangan untuk membina sebuah hotel di Jakarta, Indonesia.

Menurut Fizz Fairuz, hotel yang akan di’bina itu bakal bertaraf lima bintang & ia’nya satu perniagaan yang di’kongsi bersama rakan beliau. Tidak mampu seorang kata’nya.

Di’tanya berkaitan hubungan beliau bersama Almy Nadia, Fizz Fairuz berkata mereka masih berhubung sehingga ke hari ini tetapi sebenarnya belum sedia untuk berkahwin.

“Saya rasa saya sudah ada komitmen untuk berkahwin tetapi buat masa sekarang saya tidak mahu memaksa mana mana pihak dalam hal ini,” kata Fizz Fairuz, semalam.