fbpx

Fizz Fairuz Nasihat Golongan Artis Supaya Tak Boros Berbelanja

Mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini telah membuka mindanya, pelakon Datuk Fizz Fairuz dia kini lebih menghargai sesuatu karya dan hasil pendapatan yang diperoleh dari lakonannya.

Menurut Fizz, banyak yang boleh dipelajari daripada pandemik COVID-19 dan PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan supaya bersiap sedia jika berlaku kecemasan serta tidak menggunakan hasil pendapatan sewenang-wenangnya.

BACA: Isteri Sakit, Fizz Fairuz Syukur Anak Sulung Bantu Jaga Adik-Adik

“Sejak pelaksanaan PKP, banyak perkara yang kita belajar terutamanya dari segi menghargai sesuatu karya dan bayaran ataupun gaji yang diperoleh hasil dari pekerjaan kita.

“Boleh disimpulkan saya lebih menghargai apa yang diperolehi selama ini, penularan pandemik COVID-19 memang membuka minda saya,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Fizz turut menasihati golongan artis agar lebih bersyukur dan tidak membelanjakan wang dengan boros. Memberikan contoh dengan apa yang terjadi sebelum ini apabila ada artis yang meminta bantuan dek kerana dia duit simpanan.

“Golongan artis harus lebih berhati-hati dan memandang ke hadapan. Duit yang diperoleh hasil dari penglibatan dalam industri hiburan itu haruslah digunakan dengan cara yang betul.

“Bersyukur dengan apa yang ada, dan paling penting, simpanlah duit. jangan ketika dapat duit, terus habiskan. Sekiranya apa-apa berlaku nanti, duit itulah yang akan kita guna semula.

“Kalau berlaku kesusahan dan tiada duit simpanan, akan adalah artis yang meminta bantuan dari pihak lain seperti yang kita pernah lihat,” katanya.