Sebelum ini Fizz Fairuz ada menyuarakan hasrat untuk menyaman pemilik Instagram Makcik Puaka yang menfitnahnya, dalam kes seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian.
BACA: Almy Nadia Nafi Fizz Fairuz Ditangkap Khalwat
Bagaimanapun Fizz tidak mahu menerima permohonan maaf pemilik akaun berkenaan di media sosial, kerana mahukan ianya dilakukan secara lisan dan bertemu empat mata dengan pemilik akaun tersebut.
“Sudah 70 peratus identiti pemilik Instagram Makcikpuaka saya sudah tahu hasil daripada bantuan pihak tertentu. Dia merupakan orang industri tetapi enggan mendedahkan identitinya kerana mengikut nasihat peguam”
“Kalau boleh saya tidak mahu membuka aib sesiapa jadi saya berikan dia peluang untuk bertemu dengan saya sehingga malam ini untuk permohonan maaf. Jika tidak, saya enggan bertolak ansur dan membuat laporan polis esok,” katanya.
Terdahulu akaun Makcik Puaka ada mendedahkan identiti Datuk Seri yang ditangkap khalwat di Pulau Perhentian baru-baru ini adalah Fizz, dimana pada masa itu beliau berada di pulau berkenaan. (rtky/w)