fbpx

Almy Nadia Nafi Fizz Fairuz Ditangkap Khalwat

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ berusia 40 tahun dan pasangannya ditangkap khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu. Timbul spekulasi mendakwa individu tersebut adalah Datuk Fizz Fairuz yang dikatakan berada di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi Instagram, pelakon Datin Almy Nadia menafikan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah fitnah terhadap suaminya.

BACA: Almy Nadia Dikecam Salahkan Netizen Susu Badan Kurang?

Jelas Almy lagi, pada kejadian tersebut, suaminya sedang menjalani sesi latihan sebagai penyampai anurgerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2019).

“Subhanallah makcik makcik bawang atau netizen puaka dunia. Syukur Alhamdulillah kerana anda semua menambah pahala suami saya.

“Syukur Alhamdulillah. Lebih baik bunuh saja suami saya daripada anda semua menabur fitnah kepada suami saya. Sekarang suami saya tengah sesi latihan untuk malam ini untuk jadi salah seorang penyampai anugerah DFKL. Gelak besar rasanya,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya berharap Almy bersabar dan tabah dengan ujian tersebut. Apa pun diharap netizen diluar sana tidak membuat tuduhan membabi buta kerana jika diikutkan pelakon Fizz Fairuz tidak pernah menerima gelaran Datuk Seri.