Fizz Fairuz Kasihan Nak Suruh Almy Nadia Kurus
Pelakon, Datuk Fizz Fairuz berkata dia mempunyai sebab tersendiri enggan membenarkan isterinya kurus meskipun dikecam netizen susulan kenyatannya itu.
Memetik Harian Metro, Fizz berkata dia tidak kisah dengan kata-kata negatif dilemparkan terhadapnya kerana hanya dia lebih mengenali isterinya, Datin Almy Nadia.
BACA: Fizz Fairuz Suka Almy Nadia Nampak Berisi, Tetap Cinta Sepenuh Hati
Menurut Fiz lagi, dia kasihan dengan isterinya untuk menurunkan berat badan apatah lagi perlu menguruskan anak-anak dan keluarga.
“Bila mereka kata yang agak negatif, saya ambil semua komen-komen yang diberikan. Saya boleh saja nak bagi dia kurus tetapi saya lebih kepada kasihankan dia. Ini kerana dia nak kena fikir untuk jaga anak, memasak dan sebagainya.
“Kalau dia fikir mengenai berat badan dan kurus, saya risau dia akan terbeban dengan itu. Untuk dia turunkan berat secara drastik memang tidak boleh, kena ambil masa dua hingga tiga minggu juga.
“Dia pula sejenis yang tak boleh duduk diam, ada saja kerja yang dia nak buat,” katanya.
Dalam pada itu, Fizz berkata dia bimbang jika ia menjadi tekanan buat isterinya jika meminta Almy untuk menurunkan berat badan.
Sebelum ini, Fizz berkata dia tidak kisah dengan perubahan fizikal isterinya kerana tetap akan menyayangi dan mencintai wanita yang melahirkan empat cahaya matanya itu sepenuh hati.
Bagaimanapun aktor itu dikecam susulan kenyataannya akan menghamilkan isterinya jika Almy menyimpan hasrat untuk kurus.
Title datok tp fikiran masih kolot. Kurus utk SIHAT la tok! Bukan kurus utk cantik je semata! Yg penting isteri kau sihat! Sbb gemok mcm tu lg tinggi peluang nak dapat penyakit! Kalau sakit mcm mana dia nk urus rumah,jaga kau & anak2? Gemok mcm tu cepat mengah,tambah2 dia tu kurus sebelum ni. Bagi la sokongan utk dia kurus,ringan sikit badan nak ke sana sini dgn anak2. Takde la mengah aku tgk. Tak kurus sgt mcm anak dara dulu pun takpe,asalkan x gemok mcm ni. Kesian dia kalau sakit.
Kannnn..xpun saja ckp camtu,ayt pujuk ati..huhuuu..boleh nye kalo si istri tu nk trun kan berat bdn…bukan suruh die jd kurus kerempeng pun…curvy pun okay..janji trun kn berat bdn..xpe sikit² pun yg pntg konsisten..amal kan gaya hidup sihat…jaga pemakanan yg pntng..pastu wat senaman sket²…ari² walking dpt kn 20 ribu step…byk jer guide line utk trun kn berat bdn secara sihat ni..belajar,cari knowledge…antara nk ngn xnk jer…byk coach online kt u tube tu..
Semua ni cakap mmg senang ea…pakai air liur mmg senang..in sya Allah doakan yg baik2 je utk keluarga mereka..pada sy dato ni lelaki yg budiman..sbb dia artis semua org sibuk perihal keluarga mereka..doakan semoga mereka bahagia hingga kesyurga..selebihnya biar hanya mereka yg tahu..
Semua ni cakap mmg senang ea..doakan saja yg baik2 pd mereka..pada sy dato ni seorang lelaki yg budiman..sbb dia artis semua org sibuk perihal keluarga mereka..semoga mereka bahagia hingga ke syurga..hanya mereka yg tahu apa yg terbaik utk keluarga mereka..