fbpx

Fizz Fairuz Cadang Peniaga Kecil Sama-Sama Lockdown

Pelakon Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa bimbang apabola golongan peniaga kecil dibenarkan berniaga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menggalakkan orang ramai keluar.

Menerusi satu perkongsian di Intagram, Fizz turut mencadangkann golongan peniaga kecil untuk turut sama duduk di rumah selama dua minggu ini bagi mengurangkan jangkitan Covid-19.

BACA: Fizz Fairuz Nasihat Golongan Artis Supaya Tak Boros Berbelanja

Dalam entri tersebut, Fizz turut memuat naik paparan berita bertajuk Penjaja kecil tidak perlu kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)’.

“Nak tanya kejap, kalau buka (benarkan) peniaga kecil ini, agaknya mengalakkan orang keluar membeli ke macam mana?

“Saya hanya tanya, kalau boleh kita PKP sekejap dua minggu. Kita sama-sama susah sekejap kemudian cari rezeki semula. Macam mana, tak begitu?,” tulisnya.

Perkongsian Fizz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan cadangannya itu, malah ada yang tidak bersetuju serta beranggapan pelakon itu tidak memahami kesusahan dilalui peniaga kecil.