Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Nikah Hujung Minggu Ini Di Pulau Pinang
Terkejut juga membaca laporan Utusan Malaysia malam tadi yang menyebut pasangan ini bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada hujung minggu ini dan bukan 30 Mei seperti yang diumumkan pihak lelaki tidak berapa lama dahulu.
BACA: Fizz Fairuz Umum Bakal Nikahi Almy Nadia 30 Mei Ini
Laporan menyebut yang Fizz Fairuz dan kekasihnya, Almy Nadia akan bernikah di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas solat Asar pada 26 April 2014 iaitu hujung minggu ini dan perkara ini disahkan oleh bakal pengantin perempuan.
Menurut Almy Nadia, setakat ini persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.
“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar, di kampung saya. Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi (yang hendak dilakukan) memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Ditanya perasaannya ketika ini, kata Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, sukar untuk dia berkongsi apa-apa memandangkan belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.
“Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah saya akan kongsi perasaan saya. Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja,” katanya. (rtky/m)
solekan mata Almy Nadia dlm cite Dunia Baru mcm Lahanat!
cerita Dunia baru..cerita muda mudi dia. siap gedik2 lagi
tahniah ye,smoga bahagia
Lps ni harap Fizz Fairuz jgn buat perangai lagi… Almy dh terima awak pon dh cukup baik dah!!! Klu aku jd Almy aku takkan jilat balik mamat bodoh ni…
inilah dinamakan jodohh Allah~~~
yg jantan siap betunang gan bini org lak lagi dulu, now nk nikah gan si Almy ni ye.
kalau dah jodoh xkemanaaaaaaaaaa~~~~
Udah lah tu….sepatut kmu semua doa kan kebagian mereka bukan mengutuk….tak faham perangai manusia suka nie……
bodoh punya olga. cerita tu tahun 2006 kot
tahniah kepada mereka berdua…semoga bahagia ke anak cucu
olga tu yg mcm lahanatttt lalalalalala
doakan terbaik untuk mereka
Tahniah hopefully you all kekal dan bahagia hingga ke janah…..amin
Tahniah. Mudah2n kekal smp akhr hayat.banyakkn bdoa kerana dunia rumahtangga lebih besar ujiannya. Paling utama banyakkn bsabar ya dik.