Dikala rakyat Malaysia berdebar menonton perlawanan akhir Harimau Malaya menentang Vietnam semalam, lain pula debaran Fizz Fairuz apabila isterinya, Almy Nadia bertarung nyawa melahirkan anak ketiga mereka semalam.

BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Anak Kedua


“Dua debaran saya alami semalam, isteri tersayang bertarung nyawa melahirkan anak ketiga kami dan keputusan perlawanan bola sepak Piala AFF antara Malaysia melawan Vietnam”

Dimaklumkan kandungan Almy songsang pada minggu ke 36, Fizz bagaimanapun bersyukur bayi yang dilahirkan seberat 3.31 kilogram semalam dapat dilahirkan secara normal tanpa proses pembedahan.

“Saya jadi serba tidak kena dan akhirnya Allah SWT mengurniakan ‘kemenangan’ apabila isteri melahirkan anak kami dengan selamat tanpa perlu menjalani pembedahan walau pun Harimau Malaya gagal bawa pulang piala AFF,” katanya.

Tahniah buat Fizz dan isteri diatas berita gembira ini. Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Nur Afrina Arianna dan Nur Afirna Aurora. Mereka turut mengambil seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisya. (rtky/w)