fbpx

Fizz Fairuz, Almy Nadia Bakal Timang Anak Ketiga

Baru menyambut ulangtahun perkahwinan minggu lalu, nampaknya ia bertambah istimewa apabila Fizz Fairuz berkongsi berita gembira tentang isterinya, Almy Nadia yang sedang hamil anak ketiga.

BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Bayi Kedua

Menerusi Instagram, Fizz berkongsi berita berkenaan dengan memuat naik gambar ‘pregnant test’ berserta dengan kepsyen yang cukup bermakna mengenai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat.

Rata-rata peminat gembira dan turut sama teruja dengan berita tersebut. Di ruangan komen pelakon itu pula penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah buat pasangan romantis itu yang sekali lagi bakal menimang bayi.

Terdahulu Fizz dan Almy yang selamat mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 telah dikurniakan dua orang cahaya mata, dan keduanya perempuan, Afrina Arianna dan Aurora. Harapnya kali ini dapat la pula menimang bayi lelaki!

Tahniah diucapkan kepada Fizz dan Almy yang bakal menimang cahaya mata ketiga. Bertambah meriahlah keluarga mereka nanti. (rtky/w)