Tidak ramai sebenarnya pasangan selebriti yang sekian lama bercinta namun sehingga kini belum tiba seru untuk berkahwin dan antara mereka adalah pasangan Fizz Fairuz & Almy Nadia.

Pemegang gelaran Pelakon TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 25 ini mengakui beliau ada memasang hasrat untuk berkahwin jika menang pada majlis yang berlangsung pada 8 April yang lalu.

Mengulas sedikit tentang keadaan beliau selepas meraih gelaran tersebut, Fizz Fairuz menolak sebarang dakwaan yang mengatakan beliau kini sudah pandai meletakkan harga lebih tinggi untuk berlakon dalam sesuatu produksi.

“Industri hiburan kita ini kecil, tiada guna saya letak harga. Saya sekarang lebih pentingkan watak untuk saya bawa dalam pembabitan saya selepas ini. Saya mahu penonton puas lihat saya berlakon,” ujar Fizz Fairuz ketika di’temui semalam.

Berkaitan hasrat beliau untuk berkahwin, Fizz Fairuz berkata jika di’izinkan Tuhan dan segalanya berjalan seperti apa yang beliau harapkan, perkahwinan dengan kekasih lima tahun Almy Nadia bakal berlangsung sekitar tahun ini juga.

“Memang itu niat saya & dengan izin Tuhan segala gala’nya akan menjadi kenyataan selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah. Ibu saya bakal ke Tanah Suci awal Jun ini. Sekembali’nya ibu, kami sekeluarga akan berbincang memilih tarikh sesuai,” tambah Fizz Fairuz.