fbpx

Fizo Omar Nafi Mohon Bantuan Kerajaan, Mahu Saman Pihak Fitnah

Masih hangat dengan isu artis meminta dana khusus dari kerajaan, Fizo Omar turut terkena tempias kecaman daripada netizen gara-gara memberi respon mengenai isu tersebut. Bagimanapun, ada yang menuduh dirinya juga turut mengharapkan bantuan kerajaan.

Menurut Fizo, tuduhan yang dilemparkan adalah satu fitnah dan sedikit sebanyak mencalarkan nama baiknya dan serta keluarga. Fizo berkata, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat fitnah tersebut.

BACA: Fizo Omar Pula Kena ‘Bantai’ Dengan Zarina Anjoulie

“Ingin saya tegaskan saya tidak pernah meminta bantuan daripada kerajaan atau mana-mana pihak seperti yang didakwa di media sosial.

“Itu adalah satu fitnah besar. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah atau mencemarkan nama baik saya dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo berkata apa yang berlaku hanyalah salah faham dan meminta pihak berkenaan menarik semula tuduhan tidak berasas itu.

“Saya yakin apa yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan salah faham dan sebab itulah memberi kesan kepada saya dan keluarga hingga menerima komen negatif, cacian, makian dan hinaan.

“Saya maafkan anda semua dan berharap siapa yang terbabit sila tarik semula tuduhan sebelum saya mengambil tindakan sewajarnya kepada semua,” katanya.

Terdahulu, Zarina Anjoulie memberi teguran kepada Fizo Omar, selepas meninggalkan komen agak sinis terhadap video Zarina mengenai artis yang tidak malu meminta bantuan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.