fbpx

Fizo Omar Mengaku Kini Punyai Kekasih Bakal Bergelar Doktor?

Lama kita tidak mendengar gossip kisah cinta pelakon lelaki popular ini & kali terakhir adalah ketika beliau di’gossipkan bercinta dengan kakak kepada Anzalna Nasir.

Namun, laporan Malaysian Digest hari ini menyebut yang Fizo Omar ada memberikan kenyataan tentang status terkini beliau & juga teman istimewa beliau ketika ini.

Fizo Omar di’khabarkan mengakui yang beliau kini mempunyai seorang teman istimewa & gadis tersebut sedang belajar di luar negara dalam jurusan kedoktoran.

“Ada tu ada. Tapi dia sekarang tak ada di Malaysia. Dia masih belajar di luar negara. Saya tak mahu cakap tentang perkara ini lebih-lebih sebab kami belum betul-betul ada ikatan lagi”

“Lagipun buat masa saya masih belum memikirkan soal cinta. Fokus saya adalah pada kerjaya seni, perniagaan & keluarga. Kalau ada jodoh, InsyaAllah,” ujar Fizo Omar.

Fizo Omar yang di’temui media ketika pelancaran Terbaik Raya TV3 berkata beliau berhasrat untuk menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun.