Pantas kami lihat perkembangan hubungan cinta antara pelakon Fizo Omar dan model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim selain kisah mereka rancak menjadi bualan ramai peminat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Fizo Omar dijadualkan membuat pengumuman tarikh pernikahan beliau dengan Mawar hari ini (27 Oktober 2013) di The Curve, Damansara tetapi laporan Utusan Malaysia menyebut yang majlis bahagia mereka akan berlangsung dua minggu dari sekarang.


UPDATE-1: Fizo Omar & Mawar Abdul Karim akan bertunang pada 9 November 2013 ini dan seterusnya bernikah pada majlis yang akan di’adakan pada 10 November 2013 ini. Dan, majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung menerusi TV9.

“Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar,” ujar Fizo Omar.

Fizo Omar turut memberitahu yang majlis pernikahan mereka nanti bakal menjadi majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupan beliau namun akan tetap mementingkan keserdahanaan.

UPDATE-2: Berikut merupakan gambar di sekitar majlis sidang media pengumuman tarikh nikah mereka yang berlangsung di The Curve, Damansara dan boleh kita lihat Fizo Omar melamar Mawar di’hadapan semua hadirin yang ada. Aww.