fbpx

Fizi Ali Tunai Janji Bawa Anak Pergi Waterpark

Penyampai radio, Fizi Ali berkongsikan dia bersama isteri, Siti Zulaiikha membawa anak perempuannya, Ameena serta anak tiri beriadah di taman tema air.

Menerusi entri itu, Fizi turut memuat naik gambar mereka sekeluarga yang kelihatan gembira di taman tema air.

BACA: “Rezeki Saya Berjumpa Dengan Wanita Yang Ada Anak Perempuan Juga”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

“Hari ni daddy dan mama bawak anak-anak pergi waterpark..dari pagi sampai ke malam jalan..Penat deorang duduk main-main..tidurlah sayangg,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fizi turut memohon maaf kepada kedua-dua anaknya jika ada yang terkurang sepanjang membesarkan mereka.

“Awak berdua tidak salah. Maafkan daddy dan mama kalau ada terkurang,” tulisnya.

Pada Isnin lalu, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan wanita pilihannya, Siti Zulaikha.

Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.