Isnin lalu, penyampai radio Fizi Ali selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hati, Siti Zulaiikha pada jam 10 pagi di Gombak, Selangor.
Memetik Astro Gempak, Fizi berkongsikan perkenalan dia dan isteri bermula menjadi rakan niaga sebelum mengambil keputusan untuk mengenali hati budi masing-masing.
BACA: Fizi Ali Selamat Bernikah Dengan Rakan Niaga
“Kami dah bertunang beberapa bulan lepas, tapi kami mengambil keputusan untuk berdiam dulu kerana takut jika perancangan kami itu hanyalah perancangan. Kami memilih hari Isnin adalah kerana tarikh cantik iaitu 23 Oktober 2023,” katanya.
Dalam pada itu, Fizi bersyukur kerana ditemukan dengan pasangan yang turut mempunyai anak perempuan dan kedua-dua mereka serasi.
“Alhamdulillah rezeki saya bila berjumpa dengan seseorang yang ada anak perempuan juga. Setelah beberapa kali keluar bersama sebelum ini, nampak yang Ameena dah pun mula rasa selesa dan terima.
“Mungkin lepasni saya pula kena tinggal seorang di rumah kerana Ameena dah jumpa girl bestfriend dia iaitu mama dan kakak dia,” katanya.
Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.