fbpx

Fizi Ali Menitis Air Mata Dapat Jumpa Anak 4 Hari

Penyampai radio, Fizi Ali menitiskan air mata apabila bakal bertemu dengan anak perempuannya pada 1 Mac ini selepas hampir tiga bulan terpisah.

Memetik mStar Online, dia bakal menjaga anaknya, Ameena Sofia selama empat hari selepas mencapai persetujuan bersama bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

BACA: Shakilla Khoriri Terbuka Hati Bagi Fizi Ali Jumpa Ameena Empat Hari

“Akhirnya minggu depan saya dapat ambil Ameena selama empat hari setelah tiga bulan tidak berjumpa,” katanya.

Sementara itu, Fizi berkata Shakilla tidak meletakkan sebarang syarat untuk bertemu dengan Ameena dalam tempoh berkenaan dan kebenaran berjumpa juga adalah atas budi bicara.

“Perjumpaan empat hari ini adalah permintaan saya, memang tak dapat lagi nak ambil dia (sepenuhnya). Atas budi bicara peguam juga. Tiada syarat diletakkan bekas isteri,” katanya.

Dalam pada itu, meskipun diberi tempoh empat hari namun Fizi meluahkan rasa syukur kerana sangat rindukan anaknya itu dan merancang untuk mengambil cuti untuk membawa Ameena ke taman tema air.

“Kami akan ke taman tema air, itu yang saya rancang. Saya tak sangka akan dapat peluang ini dan mahu bawa dia bergembira. Saya anak bawa anak jumpa mak ayah. Mereka sangat rindukan Ameena walau tidak pernah meluahkan,” katanya.