fbpx

Fizi Ali Akui Sedang Mengenali Seseorang, Enggan Kenang Kisah Lalu

Mengumumkan perceraian dengan pelakon Shakilla Koriri pada Disember tahun lalu, penyampai radio Fizi Ali berkata dia tidak mahu lagi memandang ke belakang lagi.

Memetik Harian Metro, Fizi berkata dia tidak mahu lagi berada dalam situasi sedih lagi dan mengakui sedang mengenali seseorang bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya.

BACA: Fizi Ali Tak Pernah Rancang Nak Rujuk, Baik Dengan Shakilla Sebab Anak

“Berkenaan isu kembali bersama dan sebagainya, saya memilih untuk lebih fokus kepada perancangan masa depan berbanding memandang ke belakang lagi. Kalau boleh, saya tidak mahu menoleh kisah lalu.

“Apa pun, sebagai manusia kita tidak dapat menduga apa yang bakal berlaku. Cuma itu adalah jawapan saya berhubung perkara itu (isu rujuk).

“Saya memang sedang mengenali seseorang dan jika ada jodoh dengan individu itu, saya berdoa yang terbaik. Ini kerana, kami tidak pernah ‘declare’ ke arah yang lebih serius, dalam fasa berkenalan dan bersembang-sembang.

“Dia hanyalah orang biasa saja bukanlah daripada industri dan sebagainya. Cuma, identitinya biarlah rahsia buat masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi mendedahkan dia menerima banyak mesej peribadi selepas bercerai dan ada yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Secara jujurnya, selepas bercerai memang ramai yang menghantar mesej menerusi Instagram. Antaranya yang muda, tunang orang dan isteri orang pun ada. Malah, dari kaum lelaki sendiri pun ada.

“Mereka menghantar mesej secara peribadi untuk memberikan kata-kata semangat dan turut menawarkan diri untuk menjadi tempat saya meluahkan perasaan,” katanya.

Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 sebelum mengumumkan perceraian pada Disember lalu. Mereka mempunyai seorang anak, Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.