Fizi Ali Tak Pernah Rancang Nak Rujuk, Baik Dengan Shakilla Sebab Anak
Dalam satu laporan sebelum ini, pelakon Shakilla Khoriri mengaku ada memujuk dan bercakap dengan bekas suaminya yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali untuk rujuk kembali.
Bagaimanapun, memetik mStar Online, Fizi bagaimanapun menolak dakwaan pernah merancang untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu.
BACA: Shakilla Khoriri Pujuk Nak Rujuk Kembali, Fizi Ali Belum Beri Kata Putus
Menurut Fizi, dia masih menjalin hubungan baik dan komunikasinya dengan Shakilla lebih tertumpi kepada soal penjagaan anak mereka, Ameena Sofia.
“Saya dan Shakilla tidak ada masalah selepas berpisah. Kami selalu berbincang soal anak dan tidak pernah bermasam muka.
“Bagaimanapun perbincangan untuk kembali bersama tidak pernah berlaku. Saya pun tidak tahu apa yang terjadi dalam satu temubual Shakilla sebelum ini,” katanya.
Dalam pada itu, Fizi tidak menolak jika bertemu dengan mana-mana wanita lain namun buat masa ini perkaraitu tidak menjadi keutamaan.
“Saya tak boleh nak tolak kalau jodoh datang bergolek. Jika ada orang baharu saya terima dengan hati terbuka.
“Namun sekarang fokus saya adalah untuk anak dan kerja. Masa untuk diri sendiri pun tak cukup. Saya selesa dengan apa yang dilakukan,” jelasnya.
Kata Fizi lagi, meskipun jodoh mereka tidak panjang namun mereka sepakat untuk menjaga anak mereka bersama-sama.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia kini berusia tiga tahun.
- SUMBER
- mStar Online
Knp Rotikaya ni byk iklan.. semak. Jumpa di cari forum. com . my.. gosip lg best.
Utamakan keselamatan jalan raya. Duit kwsp dapat dapat pulak beraya setelah dua tahun tak beraya. Hati2 di jalan raya….
gosip x berkualiti nyaaaa..zzzz
Alahh maluler bini dia dh jd statement gtu plakk..bg aku fizi ni ada rupa..bile2 masa ada pompuan nak.silap la si syakila klu dia yg dulu beria nak cerai.sekali jd dh tkde patah balik
Kirana, aku setuju sgt dgn komen kau..tu le yg aku dok fikir pasal shakila tu..
iklan byk. semak lah page ni
intan.kann..aku tgk shakila ni pun mcm jenis laju gak mulutnye.mungkin nk ugut2 cerai bende2 remeh.asalnye fizi tknk.dahh nak sgt.cerai betul tiber tgk fizi makin ramai org nak..baru nk uturn balik.hmm mmg tkdenyela.
Pempuan ni ada affair dgn laki lain