Fiza Halim Sedih 3 Bulan Tak Jumpa Anak
Baru-baru ini kecoh di laman Twitter apabila seorang wanita dikatakan bekas adik ipar Fiza Halim menuduh pelakon itu kaki sondol dan mata duitan serta mendedahkan satu demi satu cerita.
Meskipun berdepan pelbagai tohmahan, Fiza berkata dia reda di atas apa yang berlaku dan menganggap ianya ujian kecil dalam hidup.
BACA: Dituduh Kaki Sondol, Fiza Halim Buat Laporan Polis
“Semua yang berlaku sudah pun tertulis.Ada yang menghina, mengeji dan mencaci tetapi saya hanya mendiamkan diri.
“Biarlah, bagi saya ini ujian. Saya reda dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah tertulis pada lukisan hidup ini. Apapun, hidup perlu diteruskan,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi entri di Instagram itu, Fiza memaklumkan sudah tiga bulan tidak berpeluang untuk bertemu anaknya bongsunya, Siti Alena Adra, 3, disebabkan Perintah kawalan Pergerakan (PKP).
“Tidak mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. Sedih saya siapa yang tahu. Hari ini, Allah SWT makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini.
“Terima kasih Tuhan atas kegembiraan dan nikmat yang Kau hadirkan ini. Kesabaran yang cukup bermakna, jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah,” tulisnya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, Fiza memberitahu hak penjagaan Baby Aleena masih belum diputuskan oleh pihak mahkamah disebabkan masih dalam tempoh PKP.
Pada Mei lalu, Fiza mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Aizat Al Jefri pada 22 Julai, tahun lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.
Terdahulu, Fiza pernah berkahwin kali kedua dengan penyanyi Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 namun bercerai pada September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Ahmed Farriq Zainul, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.
- SUMBER
- Kosmo!
ujian, lemah, dikeji cerca, ketentuan allah etc…skrip drama artis di socmed
anak2nya oerempuan cantik memang cantik tapi takut saka emaknya menurun, habis rumahtangga orang dikacau. bercerai berai orang.
minta simpati sebab nak job je untuk maintainance hidup mahal.
isteri2 yg sedih sebab ditinggalkan laki dayus sebab kau pikat masa duit mereka banyak ada kau tau. boikot perempuan ini, no simpati untuk dia
Kawin cerai kawin cerai bertuko laki anak berterabur sn sini..itulh keje ko kan..pompuan mcm ni selalunye anaknye semua pompuan..
10 tahun dulu time tu dia dgn husband 1st ke dgn adam dh xingt. Aku pnh jumpa dgn dia. Subhanallah memang lawa dia ni. Lelaki memang senang terpikat.
Buat Fiza dan betina2 seangkatan dgnnya yg suka sauk laki orang, semoga benda yang sama jadi la kat adik beradik dan anak2 korangg!!. ehh Fiza muka tak maluu… bertaubatt lahhh!! Jangan jadi dajjal kat muka bumi ni… sedar diri tu sikit! Biarla kaya pakai mercedez tu pakai duit sendiri, bukan duit jantan yg ko saukk…
If she looks exactly like her photo she won’t encounter any difficulty in finding a replacement despite what has been said about her. Unless you are ugly and your character are unquestionably bad you may not find light at the end of the tunnel. But this lady is stunningly beautiful and men especially rich ones would almost ignore adverse characters over beauty. Do not worry lady, there will be plenty of suitors willing to line up.