fbpx

Fiza Halim Sah Bercerai Kali Ketiga

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama empat tahun, pelakon Fiza Halim mengesahkan sudah pun bercerai dengan suaminya, Aizat Al Jefri pada 22 Julai, tahun lalu.

Lama mengambil masa untuk kongsikan mengenai perceraian ketiganya itu kerana pasti ada dipandang serong, Fiza berkata baru kini dia mempunyai kekuatan untuk memaklumkan perkara sebenar.

BACA: Duduk Rapat Bersentuh Dengan Saiful Apek, Fiza Halim Dah Solo?

“Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar… Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.

“Kami bercerai talak satu. Saya diceraikan melalui aplikasi WhatsApp. Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa.

“Pasti ada yang akan memandang serong. Namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.

Dalam pada itu, Fiza mengkaui sukar untuk melelapkan mata sejak tiga minggu lalu apabila memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib yang menimpa dirinya.

“Mata mengantuk, tetapi tidak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib diri.

“Saya hilang arah dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup. Namun, saya bersyukur ada yang datang membuka jalan mencuba kerja baharu. Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon berusia 42 tahun itu bersyukur bekas suami pertama Ahmed Farriq Zainul mengambil berat terhadap dua cahaya mata mereka iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Menerusi perkahwinan ketiga dengan juruterbang, Aizat Al Jefri pada Disember 2016 itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Baby Aleena kini berusia hampir tiga tahun.

Terdahulu, Fiza pernah berkahwin kali kedua dengan penyanyi Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 namun bercerai pada September 2016 dan tidak dikurniakan cahaya mata.