Duduk Rapat Bersentuh Dengan Saiful Apek, Fiza Halim Dah Solo?
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai foto pelakon Fiza Halim bersama pelawak Saiful Apek yang dilihat mesra sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi netizen.
Menerusi foto itu, Fiza kelihatan duduk rapat dan seakan bersetuhan tangan dengan Apek. Rata-rata netizen mengecam Fiza memandangkan statusnya seperti diketahui sudah berkahwin dan merupakan isteri orang.
BACA: Berang Dengan Netizen, Fiza Halim Muat Naik Foto Tidak Berhijab
Meskipun ramai mengecam, namun seorang netizen mengucapkan tahniah jika mereka sudah bergelar suami isteri kerana tidak mungkin mereka akan duduk rapat jika tidak mempunyai hubungan halal.
Dalam pada itu, netizen juga turut membuat spekulasi Fiza sudah kembali solo apabila mendapati gambarnya bersama suami sudah pun dipadam.
Terdahulu, Fiza bernikah kali ketiga dengan seorang juruterbang, Aizat Al-Jefri Abdul Kudus dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Aleena kini berusia 3 tahun
Sebelum itu, Fiza mendirikan rumah tangga bersama Adam AF dan perkahwinan pertamanya bersama dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Hasil perkongsian hidup dengan Farriq, mereka dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq,12, dan Feeya Adyra Ahmed Farriq, 11 tahun.
- SUMBER
- Cari Forum
Kena la liberal sikit…takan sentuh je terus naik nafsu syahwat. Yg selalu macam ni kaum penunggang agama, pu dai etc..
X silap aku la ada baca yg mrk ni dah lama kawin tp saiful apek saja x mau kecuh kt public.
Dia ni mata duitan….tak boleh pakai punya pompuan….dulu bangga kahwin dgn pilot…lepas covid pilot takde job..duit pon makin tak de..mula lah krisis rumah tangga.. hati2 lah yea semua lelaki dgn pompuan mcm ni…baik jadi gay dr kahwin dgn pompuan zaman skrg..propa jer tak pandang duit..tuiii
Bila pulok diorg nikah???
Zaini..x yah nk liberal sgt lh..dh nama pun hukum allah..haram bersentuhan bkn muhrim..ikut je lh..byk cekadak pulak ko ye..nmpak sgt cetek ..g x sek agama dulu???tulh dulu suh g sek agama x nk..bila beso mulalh nk cipta hukum sendiri..
sekiranya mereka sudah menikah…tahniah d ucapkan…semoga bahagia sehingga akhir hayat
Awatnya artis pompuan ni kawen cerai kawen cerai keja ni….yg ke 4 ni xtau sampai bila bertahan…