fbpx

Fiza Elite Temui Cinta Baru Dan Akui Kini Bahagia

Selepas gagal dalam perkahwinan kedua, Fiza Elite akui bahawa beliau kini sedang bahagia bersama cinta hati baru melalui gambar mesra dengan kata-kata romantis yang dimuat naik dilaman sosial beliau.

BACA: Fiza Elite, Adam AF Sah Cerai Kali Kedua

Screen Shot 2016-03-28 at 5.58.55 PM

“Saya belum bersedia untuk memberi komen lanjut mengenai perhubungan itu. Begitupun diakui, saya bahagia dengan seseorang. Lagipun gambar yang saya muat naik di Instagram sudah menunjukkan status perhubungan itu”

Bagaimanapun, beliau menerusi Berita Harian enggan mendedahkan identiti jejaka istimewa yang baru dikenalinya itu. Malah, beliau hanya serahkan kepada peminatnya sendiri untuk menilai sejauh mana hubungan itu terjalin.

Sehubungan dengan itu, ramai yang meluahkan rasa gembira dengan perkembangan hidup Fiza yang semakin bahagia selepas berpisah dengan bekas suami, Adam AF untuk kali kedua pada awal Januari lalu. (rkty/w)