fbpx

Five Minutes Nafi Pernah Bergaduh Dengan Peminat Di Twitter

Kumpulan yang baru sahaja menapak di Malaysia kini telah memberitahu kepada pihak media bahawa mereka pernah mengamuk di Twitter ketika sidang media yang diadakan di Hard Rock, Café Kuala Lumpur semalam.

“Ya kami pernah mengamuk di Twitter gara-gara salah faham yang telah berlaku secara peribadi dan ini hanyalah di antara kami sahaja, tidak melibatkan peminat-peminat kami,” ujar Richie yang merupakan vokalis dalam band Five Minutes.

Ditanya juga adakah mereka pernah bergaduh dengan peminat di laman sosial Twitter, dan Richie terus menyangkal soalan pihak media dan menjelaskan bahawa dia dan juga rakan-rakan bandnya yang lain cukup menghormati dan menyanjungi peminat-peminat mereka.

“Dengan peminat kami tidak pernah bermusuhan, kerana kami cukup menghormati dan juga menyanjungi mereka semua. Bukan apa merekalah secara dasarnya menyokong kami sejak band ini mula ditubuhkan pada tahun 1994,”katanya.

Band ini turut melahirkan rasa bertuah sekiranya dapat berkobolarasi bersama-sama dengan penyanyi Malaysia seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Yuna, dan juga Amy Search kerana mereka berpendapat bahawa penyanyi-penyanyi tersebut sangat berbakat dan luar biasa.

“Sekiranya diberi peluang kami ingin berkobolarasi bersama-sama dengan Siti Nurhaliza, Yuna dan juga Amy Search kerana mereka sememangnya mempunyai mutu kawalan vokal yang baik dan mempunyai bakat yang sangat luar biasa,” katanya mengakhiri perbualan.

Kepada peminat-peminat kumpulan band Five Minutes ini bolehlah mendapatkan mini album Five Minutes yang akan mula dipasarkan menjelang pertengahan November 2013. Antara lagu-lagu yang akan dimuatkan ialah Galau yang sedang hit di corong-corong radio tempatan, Selalu Menunggumu, Aku dan kamu, Tambatan hati, Itukah Dirimu serta Fivers.