fbpx

Firman Tunai Hasrat Ibu Bapa Mahu Jejak Kaki Ke Tanah Suci

Tahniah kami ucapkan kepada juara Akademi Fantasia 2014, Firman Bansir yang bakal menunaikan hasrat kedua ibu bapanya untuk menjejakkan kaki tanah suci Mekah pada bulan hadapan. Sejuk perut ibu mengandungkan Firman dulu.

BACA: Firman Diumumkan Juara AF 2014, Bawa Pulang Hadiah RM50,000

“Kemenangan dalam AF memberi peluang kepada saya untuk menunaikan impian ibu bapa yang mahu mengerjakan umrah. Jika segala perancangan berjalan lancar, ibu dan bapa saya dijangka berangkat ke Mekah bulan depan,” katanya.

Firman berkata, dia juga merancang menunaikan impian ibu bapanya untuk melaksanakan ibadah haji selepas umrah.

Selain itu, Firman juga bersyukur kerana dia banyak menerima tawaran persembahan nyanyian di negeri kelahirannya sendiri, iaitu Sabah.

“Kalau dulu, memang saya jarang balik ke kampung. Tetapi, sekarang jadi sebaliknya pula dan saya selalu balik selepas persembahan selesai. Syukur segala rindu yang terpendam selama ini kepada ibu bapa saya sudah terlerai.

“Mereka (ibu bapa) pun sekarang semakin gembira dengan kejayaan saya,” katanya.(rtky/syfq)