fbpx

Firdaus Wong Bersumpah Tiada Hasad Dengki Terhadap Pendakwah Terkenal

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik seorang pendakwah terkenal.

Susulan tindakannya itu, ramai netizen mengecam Firdaus serta mendakwa seolah mahu menjatuhkan reputasi pendakwah terkenal berkenaan.

BACA: Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Abang Mangsa Pendakwah

Bagaimanapun, Firdaus berkata tidak mempunyai rasa hadas dengki mahupun dendam terhadap pendakwah terbabit. Jelasnya lagi, mangsa yang tampil datang kepada mereka.

“Saya boleh berkata Wallahi bahawa apa yang dilakukan ini adalah apabila mangsa datang kepada kami. Bukan kami mencari aib, tetapi mangsa berkongsi kepada kami untuk mencari kekuatan. Mereka dihina dan dikritik oleh netizen dan mereka tampil mencari kekuatan,” katanya.

Terdahulu, Firdaus berkata dia tidak pernah mengkritik pendakwah berkenaan sebaliknya memuji atas usahanya melakukan kerja kebajikan.