fbpx

Firdaus Wong Dedah Video Sumpah Laknat Abang Mangsa Pendakwah Terkenal

Baru-baru ini, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik seorang pendakwah terkenal.

Terbaru, Firdaus dilihat semakin berani apabila memuat naik satu video dikatakan pengakuan lafaz sumpah laknat yang dibuat oleh seorang lelaki yang merupakan abang kepada seorang mangsa pendakwah berkenaan.

BACA: Firdaus Wong Dedah Perbualan Lucah Didakwa Milik Ebit Lew?

Menerusi video tersebut, individu itu mendakwa adiknya menerima panggilan video lucah daripada seorang pendakwah sehingga mengalami kemurungan serta tekanan sehingga pernah cuba membunuh diri.

Menurut Firdaus lagi, dia sempat bercakap dengan dengan ahli keluarga mangsa kira-kira 40 minit. Malah, mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada pendakwah bebas itu untuk terus menegakkan keadilan meskipun dimaki hamun setiap hari.

Dalam pada itu, Firdaus turut mengatakan dia sentiasa memaafkan mereka yang memaki dirinya serta menuduhnya dengki serta berdendam terhadap individu tersebut.

Terdahulu, Firdaus mendedahkan perbualan didakwa milik pendakwah itu bersama seorang mangsa yang juga berstatus isteri antaranya permintaan bertukar pasangan serta melakukan seks di hadapan satu sama lain.