“Finas Tolong Tangkap Produksi Yang Tak Ikut SOP”
Pengarah dan penerbit, Jinggo menggesa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengambil tindakan terhadap produksi yang didakwa melanggar SOP dengan mengambil pelakon belum lengkap divaksin.
Memuat naik kenyataan tersebut di Instagram Jinggo berkata sikap tidak bertanggungjawab tersebut boleh menjejaskan produksi lain yang baru sahaja dapat meneruskan penggambaran.
BACA: Sheila Rusly, Jinggo Buat Laporan Polis
“Jangan pasei (pasal) korang (kamu), kami pula tak boleh jalankan penggambaran. Finas, tolong tangkap produksi tak ikut SOP, sebelum kemudahan kita ditarik balik. Boleh korang menganjing ye? Tak perlu ambil vaksin, ada saja produksi panggil (berlakon)
“Jika korang lepas tak apa, kalau tak lepas, bukan korang saja sangkut, JS Pictures dah nak mula penggambaran tahu tak?” tulisnya.
Perkongsian Jinggo itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang bersetuju dengan kenyatannya itu yang bimbang jika tindakan tersebut boleh menyusahkan produksi lain.
Selasa lalu, kerajaan bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa satu bagi industri kreatif berkuatkuasa 9 September ini.
Biar retis anti vaksin bersara! Tahniah ha ha
betol.. nanti kerana sorang kena covid habis crew berbulan duduk hospital… yg vaksin paling teruk pun selsema biasa… anti vaksin mesti diboikot tak sayang diri..suruh duduk rumah tunggu dajjal.
Bagus!
Artis2 x vaksin suruh jual produk timbang kilo takpon jual sambal online jer…
Antivax mana2 pun sama menyusahkan org membahayakan org lain.Kerajaan perlu tegas dah jadi sampah masyarakat tak sayang diri. Idop segan mati tak mau. Suruh kerja kt hospital taknak!
Puak antivaksin tak belajar sains. Tapi bila sakit pergi jugak hospital telan je ubat cacing walaupun ..annoying betul lah anti vaksin yang cakap kita ambil vaksin ni takda agama la takda akidah. Eh hello teknologi dan sains dah berkurun bergerak sama cam handset korang la wey. Konon vaksin ni baru.. ramai ustaz & ulama’ yang ambil vaksin juga sbgai ikhtiar. So dorang pun takda akidah jugak??? Cakap tu cuba pakai ilmu, jangan pakai otak kosong besok kena baring berminggu minggu anak2 korang jugak jd mangsa. Jadilah ibu bapa yg bijak.
Production house jgn diambil mereka yg x vaksin berlakon. Stesyen tv patut tolak hasil terbitan mana-mana produksi yg ambil mereka yg x vaksin berlakon utk selamanya.. baru dia tahu sikit…merbahayakan org lain..
Ibarat org ada HIV main x pakai kondom itulah anti vaks yg bakal sebar virus ni pd org lain yg x berdosa.
Hak konon…phuih :((
Sumber mana yg ckp org yg dah vaksin tak boleh sebarkan virus..aku baca website WHO, dorg tulis dah vaksin pun masih boleh sebarkan virus, itu psl masih kena jaga penjarakan, pakai mask..ambik vaksin utk elakkan kritikal side effect je kalau dpt covid, yg antivax akan lagi kritikal..antivax dgn provax bergadoh tapi sama2 sebarkan berita palsu, cucuk ke tak cucuk sama bodoh
korg dpt aefi x lps cucuk..