fbpx

Filem Sejarah Tanda Putera, Shuhaimi Baba Diugut Bunuh

Kalau ia melibatkan sejarah pasti akan dikaitkan dengan politik apatah lagi di Malaysia isu politik merupakan antara perkara paling sensitif.

Filem garapan Datin Paduka Shuhaimi Baba menjadi mangsa apabila diheret ke kancah kotroversi apabila orang mengaitkan filem tersebut dengan isu perkauman.

Sebelum ini filem tersebut mendapat liputan meluas kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengarahkan agar filem tersebut tidak ditayangkan di seluruh Pulau Pinang.

Tidak habis disitu sahaja, terbaru, Datin Paduka Shuhaimi Baba pula telah diugut bunuh selain ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem berkenaan diteruskan.

Bagi mereka yang telah melihat filem ini pasti dapat fahami maksud sebenar yang ingin disampaikan kepada umum tentang sejarah sebenar yang berlaku dengan tragedi 13 Mei 1969.

Ceritanya lebih kepadanya menyampaikan dan mengingatkan kembali kepada masyarakat Malaysia khususnya yang kurang peka dengan sejarah di Malaysia.

Perpaduan kaum yang telah disemai sehingga kita mampu hidup aman damai kini telah dipaparkan di dalam filem ini yang mana memang ianya merupakan satu keunikan yang ada di Malaysia yanng harus dijaga.