fbpx

Filem SAM Hanya Berjaya Kutip RM1.4 Juta Selepas 12 Hari Tayangan?

Satu lagi kisah klasik berulang di'mana sebuah filem berkualiti menjadi mangsa selera filem rakyat Malaysia yang kini masih dahagakan sentuhan Prof Madya A. Razak Mohaideen.

Melalui Sinar Harian hari ini, pengarah filem SAM Syafiq Yusof mengesahkan yang filem pertama arahan beliau itu hanya berjaya mengutip RM1.4 juta selepas 12 hari.

Ketika filem arahan Syamsul Yusof hanya mengutip RM1.3 juta selepas seminggu & itu membuatkan kami agak risau, inikan pula sebuah filem bagus yang jauh lebih rendah kutipan'nya.

Betul juga kata anda, apalah yang perlu kami risaukan kerana bukan wang kami yang di'gunakan untuk filem ini tetapi jika ini menjadi satu trend, ia'nya kurang sihat.

“Alhamdulilah, setakat ini SAM sudah mencatatkan kutipan sebanyak RM1.4 juta & saya berpuas hati dengan jumlah itu kerana perlu bersaing dengan dua lagi filem tempatan”

Tayangan serentak filem tempatan dalam seminggu sebenarnya tidak banyak membantu dalam persaingan. Jika anda masih ada masa, kami sarankan anda ke pawagam untuk menonton.

zp8497586rq