fbpx

Kami tidak pernah menyentuh apa apa tentang hasil kerja Mat Luthfi di Youtube sebelum ini — tetapi yang ini tidak boleh kami abaikan, sebak juga dada di’akhir cerita.

Filem pendek berjudul Rokok & Kopiah ini berdurasi 13 minit menampilkan Mat Luthfi sendiri bersama rakan serumah beliau yang juga sering muncul sebelum ini — beritahu kami nama beliau, please.

Secara pendek’nya, video terbaru Mat Luthfi kali ini menyentuh kepercayaan seseorang terhadap isu agama & ketuhanan. Lebih menyentuh perasaan, kasih sayang Mat Luthfi terhadap Syafiq.

Siapa Syafiq? Tonton filem pendek Rokok & Kopiah sentuhan terbaru Mat Luthfi di’atas. Apabila lelaki kelakar ini pulang ke Malaysia, penerbit sila rebut bakat yang beliau ada — kami mahu filem penuh.