fbpx

Filem Minggu Ini: What’s Your Number?

Sebenarnya, ada dua buah filem Hollywood yang kami tonton minggu lepas & pembukaan’nya serentak 13 Oktober ini.

Mari kita mulakan entri pertama review filem ganda dua minggu ini untuk filem What’s Your Number?, kemudian kita akan bercakap tentang Real Steel.

What’s Your Number? merupakan sebuah filem bertemakan romantik komedi yang agak santai untuk anda tonton di’rumah bersama keluarga dengan memainkan DVD.

Jika kami katakan anda lebih selesa menonton filem ini di’rumah, percayalah yang komedi ini terlalu ringan untuk ia’nya berbaloi untuk kita mengheret diri ke panggung wayang.

Tunjang utama filem ini Anna Faris & Chris Evans, sememangnya tidak di’ragui mutu lakonan mereka namun yang menjadi perhatian kami dalam filem ini ialah jalan cerita yang cliche seperti pilihanraya Malaysia.

Kisah rakan yang di’akhirnya menjadi kekasih hati ini selalu di’mainkan di Hollywood sejak akhir ini — lihat sahaja Friends With Benefits & No String Attached.

Jika anda tiada pilihan lain atau anda hanya gemarkan filem romantik komedi atau anda kena paksa oleh teman wanita anda, filem ini masih seronok untuk di’nikmati tetapi jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Rating Rotikaya: 2.5/5