fbpx

Filem Minggu Ini: Real Steel

Kalau anda saksikan trailer rasmi Real Steel yang beredar di’internet, ia’nya hanya berikan 50% idea tentang filem hebat.

Jika anda fikirkan Real Steel hanya berkisar tentang badan sasa Hugh Jackman & robot, anda silap — ia sebuah filem tentang keluarga.

Hugh Jackman yang memegang watak Charlie Kenton adalah seorang ayah yang boleh di’benci karakter’nya di’awal filem tetapi dengan mudah menjadi satu watak yang di’sukai menjelang babak babak akhir.

Tetapi dalam pendapat kami, watak utama dalam filem ini sebenarnya adalah bintang kecil bernama Dakota Goyo yang membawa watak anak bernama Max Kenton.

Lakonan Dakota Goyo sememangnya bersahaja dan mempunyai chemistry yang kuat dengan Hugh Jackman dalam filem ini selain kecemerlangan bakal bintang besar ini dengan robot beliau, Atom.

Secara keseluruhan, filem ini bukan sahaja memaparkan aksi pertarungan robot yang menarik tetapi juga jalan cerita yang menjurus kepada pembinaan sebuah hubungan baru ayah & anak yang mampu menitiskan air mata jantan anda.

Jarang kami berikan sebuah filem lebih dari 3 bintang dan Real Steel pada hemat kami layak untuk menerima 4/5. Jadi, pergi tonton sebaik sahaja ia’nya di’buka kepada umum 13 Oktober ini. Enjoice!