fbpx

Filem Minggu Ini: Paranormal Activity 3

Semalam kami berkesempatan memenuhi undangan untuk menghadiri pra tonton filem terbaru Hollywood yang akan membuka tayangan pada esok hari.

Paranormal Activity 3 adalah filem yang paling kami malas untuk pergi tonton pada awal'nya namun menjadi kegemaran kami di'akhir cerita.

Ini kerana beberapa hari sebelum, kami bertanyakan kepada rakan rakan tentang filem Paranormal Activity sebelum ini dan mereka kata filem kedua agak membosankan berbanding yang pertama.

Dengan kami yang sebenarnya tidak gemarkan filem berunsur seram & hantu ini, kami gagahkan juga kaki untuk pergi menonton — menjalankan tugas untuk anda semua. Cewah.

Tetapi satu kejutan buat kami, filem prekuel ini menjadi filem seram terbaik pernah kami tonton setakat ini — dan sila ambil nota, kami hanya tonton beberapa buah filem seram sahaja.

Mengambil latar sekitar tahun 1988, Paranormal Activity 3 menceritakan bagaimana dua anak kecil Katie & Kristi mula berkawan dengan entiti yang tinggal di'rumah mereka.

Kisah yang di'paparkan dalam filem ini juga merupakan titik tolak permulaan kisah untuk dua filem sebelum ini dan menurut teman yang turut sama menonton, filem ketiga ini lebih baik dari dua filem sebelum ini.

Paranormal Activity 3 berjaya membuat kami tidak duduk diam & merasa berdebar debar setiap kali scene kamera di'dapur dan ruang tamu muncul. Adegan seram yang di'tampilkan cukup simple tetapi ekstrim.

Mengingatkan kami kepada filem al-Hijab buatan tempatan yang merupakan filem seram terkini di'pasaran Malaysia — Paranormal Activity 3 tidak memerlukan hantu berwajah hodoh untuk buat kami melatah.

Rotikaya Rating: 3.5/5

zp8497586rq