fbpx

Filem Minggu Ini: Papa I Love You

Bersedia untuk menonton filem Melayu terakhir yang menjadi filem penutup tirai 2011?

Malam tadi, kami menghadiri majlis preview Papa, I Love You yang berlangsung di MBO, Subang Parade yang juga di’hadiri barisan produksi juga pelakon.

Fakta yang perlu anda tahu, kami sukakan filem ini dan ia’nya bukan kerana kami mahu memperdaya anda untuk ke panggung wayang. Sungguh, kami jatuh hati.

Datang dari pengarah yang sama membawakan filem Sekali Lagi, ramai sebenarnya menjangkakan Papa I Love You akan tampil dengan konsep yang di’terbalikkan dari jalan cerita Sekali Lagi — dan nyata tanggapan sebegitu silap sama sekali.

Walaupun chemistry antara Lisa Surihani & Mia Sara sekali lagi menjadi bahan pertaruhan filem ini, kelainan berjaya di’tampilkan dengan suntikan hero baru Zalif Sidek selain jalan cerita yang mudah.

Senang kami katakan yang tiada plot yang tidak perlu dalam filem ini dan anda akan berasa diri terbawa dengan jalan cerita (baca sinopsis) kekeluargaan yang erat dan menyentuh perasaan.

Elemen komedi secara keseluruhan sangat mudah untuk di’fahami walau untuk tontonan anak anak kecil — juga baik sebagai filem nasihat. RR 4/5.