Belum pun mula di’tayangkan di’pawagam berdekatan anda, tajuk filem Ombak Rindu telah menjadi trending di Twitter.

Nampak sangat filem ini memang di’nantikan oleh para peminat dan kami yang telah menonton Ombak Rindu minggu lalu boleh jamin penantian anda berbaloi.

Filem adaptasi novel tulisan Fauziah Ashari dengan tajuk yang sama ini berjaya bermain emosi penonton dengan jalan cerita & plot yang senang di’fahami.

Menampilkan Aaron Aziz, Maya Karin & Lisa Surihani, mereka bertiga berjaya membawa watak masing masing dengan begitu berkesan — lebih lebih lagi Aaron Aziz yang menitiskan air mata beberapa kali dalam filem ini.

Walaupun penulis asal novel ini kurang berpuas hati dengan versi filem ini, namun menurut pandangan kami pengarah Osman Ali berjaya membawakan cerita kegemaran ramai ini dengan berkesan ke layar perak.

Menggunakan latar belakang lokasi peranginan seperti Pulau Langkawi, Tanah Tinggi Cameron — anda boleh harapkan seni sinematografi yang menarik dan boleh di’banggakan sebagai sebuah filem Malaysia. RR: 3.5/5