fbpx

Filem Minggu Ini: Nasi Lemak 2.0

Semalam kami berkesempatan menonton filem terbaru di’pawagam — Nasi Lemak 2.0

Pada mulanya kami agak skeptikal dengan kualiti filem ini kerana ia merupakan arahan pertama Namewee.

Jadi, melabur duit untuk sesuatu yang baru agak berisiko ketika ini, RM12 di TGV KLCC bukan murah beb.

Tetapi kami silap, filem percubaan pertama Namewee ini bukan calang calang. Beliau memang ada bakat dalam dunia perfileman.

Kami tidak pernah menonton filem Mandarin buatan tempatan sebelum ini dan Nasi Lemak 2.0 merupakan yang pertama.

Filem ini boleh di’katakan cemerlang dari segala segi yang kami selalu mahukan — dialog, jalan cerita, sinematografi, pemilihan pelakon dan mesej yang ingin di’sampaikan.

Seperti biasa kami tidak akan membuat sinopsis pendek untuk filem yang kami review kerana mahukan anda semua pergi menonton sendiri.

Komedi dalam Nasi Lemak 2.0 memang kena dan tidak keterlaluan walaupun kami tahu Namewee mampu menyuntik komedi yang lebih pedas.

Seluruh babak Nasi Lemak 2.0 di Bentong memang melucukan dan seluruh panggung yang kami duduki ketawa dengan gelagat David Arumugam.

Kami sarankan anda semua pergi menonton filem arahan Namewee ini untuk menyokong beliau sebagai seorang rakyat Malaysia. Jika anda boleh sukakan Hantu Bonceng, anda pasti suka akan filem ‘muda’ ini.

Rating Rotikaya: 3.5/5