fbpx

Filem Minggu Ini: Mael Lambong

Teringat lagi kelucuan Zizan Razak melakonkan watak Mael Lambong bersama Johan dalam program realiti tv yang lalu?

Kini Mael Lambong telah difilemkan untuk semua penonton dan akan ditayangkan di 79 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Jun 2012 lalu.

Filem bergenre aksi komedi merupakan filem ketujuh terbitan Excellent Pictures dan diarahkan oleh pengarah terkenal Ahmad Idham ini menampilkan tentunya Zizan Razak sebagai Mael Lambong & Juliana Evans sebagai Maria.

Filem ini mengisahkan Mael Lambong yang bekerja sebagai penarik kereta profesional yang jujur dan terkenal di Kuala Lumpur, berubah kehidupannya apabila dia bertemu dengan Maria yang merupakan seorang perisik.

Maria meminta pertolongan daripada Mael Lambong untuk melarikan diri dari penjahat dan secara tidak langsung melibatkan beliau di dalam insiden ini.

Pelarian mereka dari penjahat, telah membawa mereka ke Terengganu tempat asalnya Mael Lambong dimana dia telah 5 tahun meninggalkan kampungnya kerana merajuk.

Apabila kembalinya dia di kampung, muncul kembali kekasih lama Mael Lambong iaitu Rozie, walau bagaimanapun, Rozie telah pun bertunang dengan musuh Mael Lambong iaitu Tiger.

Tiger tidak senang dengan kepulangan semula Mael Lambong dan timbul lagi satu konflik pada Mael Lambong. bagaimana Mael Lambong mengharungi konflik-konfliknya? Mari sama-sama kita menyerbu pawagam berdekatan.

Apa yang menarik, filem ini akan membuat anda terhibur & ketawa dari mula hingga ke akhir tayangan. Tahniah buat semua yang terlibat dalam filem Mael Lambong. Rotikaya Rating: 4/5