fbpx

Filem Minggu Ini: Jidin Sengal

Selepas kejayaan Suatu Malam Kubur Berasap hujung tahun lalu yang berjaya mengutip lebih RM4 juta, Outloud Studios minggu ini kembali dengan filem terbaru.

Kembali pertaruhkan pasangan Raja Lawak, Along Cham & Angah, Jidin Sengal memulakan tayangan seluruh negara mereka bermula hari ini di 45 buah panggung.

Fakta menarik untuk anda semua, filem Jidin Sengal & Suatu Malam Kubur Berasap menjalani sessi penggambaran dalam tempoh masa yang sama juga di’siapkan dengan dateline yang sama.

Namun, Outloud Studios melalui pengarah muda mereka, Nur Esmi Zahara Yusof dan juga barisan pelakon lain seperti Jue Aziz, Faezah Elai & juga Zac Diamond berjaya tampilkan kelainan yang ketara. 

Jidin Sengal banyak memaparkan adegan ringan yang senang di’hadam oleh peminat filem yang sukakan filem dengan genre sebegini selain di’selitkan dengan mesej mesej positif sebagai ingatan.

Rotikaya Rating: 3.5/5