fbpx

Filem Minggu Ini: Horrible Bosses

Minggu ini kami memilih Horrible Bosses dari filem Cowboys & Aliens kerana filem komedi memang kegemaran kami.

Lebih menguatkan pilihan kami adalah filem Cowboys & Aliens menerima kritikan yang kurang positif dari pengkritik filem tegar.

Jadi, Horrible Bosses it is.

Jalan cerita Horrible Bosses mudah, tiga orang rakan karib bosan dengan karenah & perangai boss masing masing.

Satu hari, mereka bercadang untuk mengupah pembunuh upahan untuk membunuh boss mereka namun atas salah faham, mereka perlu jalankan misi pembunuhan dengan sendiri.

Pertama kali ingin melakukan jenayah & ini filem komedi, anda perlu saksikan sendiri apa yang mereka lakukan sebagai pembunuh amateur dalam misi mereka membebaskan diri.

Jason Bateman , Jason Sudeikis & Charlie Day adalah pelakon yang biasa anda lihat dalam B-rated movie namun dalam Horrible Bosses mereka memegang watak utama dengan menyerlah.

Pelakon pelakon seperti Kevin Spacey, Colin Farrell, Jamie Foxx & Jennifer Aniston yang sememangnya pelakon A-list menjadi watak tambahan dalam filem ini. Sesuatu yang baru & menarik.

Ini adalah filem komedi yang perlu anda tonton hujung minggu ini supaya tidak menyesal melaburkan wang untuk Cowboys & Aliens di pawagam.

Rating Rotikaya: 3/5