fbpx

Filem Minggu Ini: Dream House

Kalau anda terfikir untuk menonton Abduction minggu ini, simpan duit anda untuk pembukaan Dream House.

Jumaat lalu, kami telah di’jemput ke pra tonton filem terbaru Daniel Craig & Naomi Watts yang akan berada di’pawagam seluruh dunia 30 September ini.

Filem ini di’pasarkan seperti sebuah filem hantu seram dan dari tontonan kami, filem ini jauh dari elemen seram melampau yang sering menghiasi filem seram tempatan.

Tiada hantu sebenar berwajah hodoh dalam Dream House, yang ada cuma jelmaan mereka yang telah mati & ilusi takut yang di’mainkan oleh semua watak utama. Agak selamat untuk kanak kanak.

Plot filem ini agak mendatar di’awal 30 minit sehingga kami mengantuk dan hampir putus asa untuk terus menonton, tetapi putaran cerita di’tengah filem membuatkan kami terus menonton.

Jika anda pernah menonton Shutter Island lakonan Leornado DiCaprio, Dream House adalah versi ringan untuk filem tersebut dan anda pasti sukakan filem ini.

Untuk hujung minggu ini, jika anda mencari filem seram ringan untuk hiburan, Dream House adalah pilihan terbaik untuk anda semua. Cuma jangan tidur untuk 30 minit pertama, berbaloi untuk di’tunggu. 

Rating Rotikaya: 3.5/5