fbpx

Filem Libas Tiru Shaolin Soccer? Ambil Masa Dua Tahun Untuk Disiapkan

PhotobucketMalam tadi, kami sempat menghadiri sidang media Filem Libas yang diadakan di Wangsa Walk. Kami pasti ramai yang tidak tahu tentang filem Libas. Macam mana nak tahu kalau promosi yang dijalankan pun kami tidak nampak.

Kami sendiri pun semasa menerima jemputan ke sidang media filem Libas tertanya-tanya tentang filem ini. So Google beb!

Menurut pengarah filem Libas, Jurey Rosli, mereka mengambil masa 2 tahun untuk menyiapkan filem ini kerana ia melibatkan penggunaan CGI untuk memberikan lebih impak kepada penonton.

Ternyata masa 2 tahun yang diambil tampak berbaloi kerana dari kaca mata kami, efek CGI yang digunakan agak baik berbanding filem-filem yang pernah kami tonton sebelum ini.

Filem Libas diterbitkan oleh MDAG. Ini merupakan filem pertama yang diterbitkan oleh MDAG. Libas yang akan ditayangkan pada 29 September 2011 turut didokong dengan penampilan selebriti popular seperti Rosyam Nor, Scha Al Yahya & Johan Raja Lawak.

Keseluruhannya kami memberi 3/5 bintang kepada filem Libas. Tanpa Johan, mungkin tiada bintang yang kami berikan kepada filem ini.