fbpx

Filem Klasik 1980’an ‘Top Gun’ Bakal Diterbitkan Semula, Dalam 3D

Terima kasih Hollywood kerana kehabisan idea, kini kami boleh tonton filem 80’an dalam 3D.

Filem klasik yang menaikkan nama Tom Cruise di’mata Hollywood, Top Gun akan kembali ke layar perak sekitar tahun 2012 dalam format 3D.

Eksekutif di Hollywood nampaknya dalam demam menukar filem filem hits mereka ke’dalam bentuk 3D untuk tayangan semula.

Hujung minggu ini, The Lion King akan kembali ke pawagam dalam format 3D (tidak di Malaysia), Star Wars: Episode I – The Phantom Menace dan Titanic akan kembali dalam bentuk 3D awal tahun 2012.

Top Gun merupakan filem blockbuster Hollywood sekitar tahun 1986 dan berjaya menaikkan nama Tom Cruise selain rakan pelakon, Val Kilmer.

Menukar format filem asal ke 3D sebenarnya jauh lebih murah berbanding membikin kembali seluruh filem dengan barisan pelakon & crew baru.

Kepada mereka yang tidak pernah menonton filem Top Gun, kami pun tidak pernah tonton, trailer filem selepas ini untuk anda nilaikan berbaloi atau tidak untuk sebuah versi 3D. 

via Business Insider