fbpx

Filem Adiwiraku Dinobatkan Filem Terbaik FFM29

Bersaing dengan 4 filem hebat lain, filem Adiwiraku ternyata mempunyai kekuatan sendiri apabila inobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Festival Filem Malaysia Ke 28 (FFM 28)

Selain itu, filem itu juga merangkul dua anugerah lain iaitu anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan juga Cerita Asal Terbaik. Antara filem hebat yang turut menjadi pesaing ialah filem Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.

Majlis yang turut menyaksikan Zizan Razak sebagai hos utama itu juga turut turut mengiktiraf tiga filem, iaitu Desolasi, Shuttle Life dan Pekak untuk Anugerah Khas Juri.

Sementara itu, Datuk Yusof Haslam diberi penghormatan dan telah dinobatkan sebagai Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman. Berikut merupakan barisan filem yang memenangi anugerah yang lain:

1) Filem Terbaik: Adiwiraku

2) Pengarah Terbaik: Dain Said (Interchange)

3) Pelakon Lelaki Terbaik: Namron (Redha)

4) Pelakon Wanita Terbaik: Sangeeta Krishnasamy (Adiwiraku)

5) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Shaheizy Sam (Interchange)

6) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Diana Danielle (Hanyut)

7) Pengarah Harapan: Tunku Mona Riza (Redha)

8) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Harith Haziq (Redha)

9) Pelakon Wanita Harapan: June Lojong (Redha)

10) Pelakon Lelaki Harapan: John Tan (You Mean The World To Me)

11) Lakon Layar Terbaik: Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)

12) Sinematografi Terbaik: Jordan Chiam (Interchange)

13) Cerita Asal Terbaik: Jason Chong (Adiwiraku)

14) Kostum & Busana Terbaik: Akma Suriati Awang (Hanyut)

15) Anugerah Khas Juri (Kesan Khas Visual): Desolasi (Skop Productions Sdn Bhd)

16) Anugerah Khas Juri (Kesedaran Sosial): Shuttle Life (MM2 Film Distribution Sdn Bhd)

17) Anugerah Khas Juri (Kupasan Isu Najis Dadah): Pekak (Grand Brilliance Sdn Bhd dan

Lightbulb Pictures)

18) Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Datuk Yusof Haslam

19) Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Johan Ibrahim

20) Filem Box Office: Abang Long Fadil 2 (Skop Production Sdn Bhd & Astro Shaw)

21) Penataan Bunyi Terbaik: Daniel (Hanyut)

22) Penataan Seni Terbaik: Zaharah Nakibullah (Interchange)

23) Suntingan Terbaik: Nazim Shah (J Revolusi)

24) Skor Muzik Terbaik: David Koon (You Mean The World To Me)